1. MATLAMAT ATAU SASARAN – Pelajar yang Berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa ‘ A ‘ yang mereka mahukan dan mereka juga tahu hendak mengambil jurusan apa semasa di university, mahupun kerjaya apa yang mereka inginkan nanti.
2. PERCAYA – Pelajar cemerlang percaya mereka dapat cemerlang. Mereka tisak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka bagi melakukan apa sahaja dan sanggup bekorban untuk Berjaya.
3. TUMPUAN – Pelajar Berjaya memberikan tumpuan pasa setiap perkaya yang mereka lakukan dan mereka tahu kepentingan tumpuan didalan kelas dan cara hendak memberikan tumpuan itu. Mereka juga memberikan tumpuan semasa mengulangkaji pelajaran.
4. PERANCANGAN – Pelajar Berjaya mempunyai perancangan belajar yang teratur dab tahu memenfaatkan masa sebaik-baiknya.
5. STRATEGI BELAJAR – Pelajar Berjaya kerana mereka mempunyai strategi yang berkesan serta teknik pelajar yang mantap.
6. MENJAGA MASA – Pelajar Berjaya tidak membiarkan masanya berlalu begitu sahaja. Mereka mempunyai jadual harian dan jadual belajar.
7. PERGAULAN – Pelajar Berjaya berbaik-baik dengan semua orang.
8. PEMANTAUAN – Pelajar Berjaya sentiasa memantau prestasi pelajaran mereka dan membuat post-mortem bagi memperbaiki kelamahan yang ada.
9. HUBUNGAN BAIK DENGAN GURU – Pelajar Berjaya sentiasa rapat dengan guru-guru dan tidak segan untuk bertanya apabila tidak faham.
10. KONSISTEN ATAU ISTIQAMAH – Pelajar yang Berjaya adalah mereka yang rajin pada hari ini dan hari-hari yang mendatang
11. PERSISTENT – Pelajar cemerlang tidak mudah berputus asa dan berpuas hati selagi tidak mendapat menyelesaikan masalah ataupun soalan yang mencabar minda mereka.
12. SANGGUP BERKORBAN – Pelajarcemerlang dapat mengekang perasaan mereka daripada berhibur dab berseronok secara melampau hingga menjejaskan pelajaran mereka.
13. AGAMA NOMBOR SATU – Pelajar yang Berjaya sentiasa memohon restu dari guru-guru dan ibubapa supaya pelajaran yang mereka pelajari itu mendapt berkat.
No comments:
Post a Comment