Tuesday, 21 June 2011

10 Halangan Kejayaan...

1)        1 ) MATLAMAT YANG TIDAK JELAS
2)    BERFIKIRAN NEGATIF IAITU PEPERIKSAAN SESUATU YANG MENYUSAHKAN
3)    KURANG LATIHAN
4)    PENGURUSAN MASA YANG TIDAK BETUL
5)    TIDAK PATUHI JADUAL BELAJAR
6)    SUKA BERTANGGUH


7)    MALU UNTUK BERTANYA APABILA TIDAK FAHAM
8)    SALAH TEKNIK BELAJAR
9)    SUKA BELAJAT “ LAST MINUTE “
10 ) MEMBAZIR MASA DENGAN AKTIVITI YANG TIDAK BERFAEDAH

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.....

Pada 27 Mei 2011, telah diadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dengan meriahnya. 



Pada pagi Sambutan Hari Guru telah diadakan perarakan guru - guru dari Dewan Bestari ke Dataran Gemilang yang di ketuai oleh Pengetua Sekolah iaitu, Pn Hjh Hamidah. 





Kemudian, Majlis diteruskan dengan pelbagai acara lain seperti persembahan murid-murid antaranya Dikir Barat, Tarian ala-ala Korea, Nyayian dan  persembahan dari pelajar 5 suci serta pelbagai persembahan yang diadakan.

Tidak dilupakan juga, persembahan Puisi dari Guru-Guru Praktikal.



Semua Guru-guru juga berhimpun di Dewan Terbuka  telah menyanyikan lagu Tema Hari Guru serta membaca Ikrar Guru.




Selepas rehat, semua guru-guru telah terlibat dengan acara sukaneka yang sangat menarik.Antara aktiviti yang dijalanakan ialah mencari gula-gula didalam tepung, berlari sambil membawa bola pingpong dan sebagainya.


                                       ''TERIMA KASIH CIKGU'' 
                                         ''JAsAMU DIKENANG''

13 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG


1.      MATLAMAT ATAU SASARAN – Pelajar yang Berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa ‘ A ‘ yang mereka mahukan dan mereka juga tahu hendak mengambil jurusan apa semasa di university, mahupun kerjaya apa yang mereka inginkan nanti.

2.      PERCAYA – Pelajar cemerlang percaya mereka dapat cemerlang. Mereka tisak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka bagi melakukan apa sahaja dan sanggup bekorban untuk Berjaya.

3.      TUMPUAN – Pelajar Berjaya memberikan tumpuan pasa setiap perkaya yang mereka lakukan dan mereka tahu kepentingan tumpuan didalan kelas dan cara hendak memberikan tumpuan itu. Mereka juga memberikan tumpuan semasa mengulangkaji pelajaran.

4.      PERANCANGAN – Pelajar Berjaya mempunyai perancangan belajar yang teratur dab tahu memenfaatkan masa sebaik-baiknya.

5.      STRATEGI BELAJAR – Pelajar Berjaya kerana mereka mempunyai strategi yang berkesan serta teknik pelajar yang mantap.

6.      MENJAGA MASA – Pelajar Berjaya tidak membiarkan masanya berlalu begitu sahaja. Mereka mempunyai jadual harian dan jadual belajar.

7.      PERGAULAN – Pelajar Berjaya berbaik-baik dengan semua orang.

8.      PEMANTAUAN – Pelajar Berjaya sentiasa memantau prestasi pelajaran mereka dan membuat post-mortem bagi memperbaiki kelamahan yang ada.


9.      HUBUNGAN BAIK DENGAN GURU – Pelajar Berjaya sentiasa rapat dengan guru-guru dan tidak segan untuk bertanya apabila tidak faham.

10. KONSISTEN ATAU ISTIQAMAH – Pelajar yang Berjaya adalah mereka yang rajin pada hari ini dan hari-hari yang mendatang

11. PERSISTENT – Pelajar cemerlang tidak mudah berputus asa dan berpuas hati selagi tidak mendapat menyelesaikan masalah ataupun soalan yang mencabar minda mereka.

12. SANGGUP BERKORBAN – Pelajarcemerlang dapat mengekang perasaan mereka daripada berhibur dab berseronok secara melampau hingga menjejaskan pelajaran mereka.

13. AGAMA NOMBOR SATU – Pelajar yang Berjaya sentiasa memohon restu dari guru-guru dan ibubapa supaya pelajaran yang mereka pelajari itu mendapt berkat.

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI PANTAI

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1967 dengan nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kampung Kerinci.  Pada tahun 1973, sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Menengah Sri Pantai.  Nama ini telah diberikan oleh En. Mokhtar b. Zakaria ( Guru Besar ) dengan persetujuan guru-guru pada masa itu.  Ianya merupakan sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.  Guru Besar yang pertama ialah En. Michael Peter.

Nama Sri Pantai diambil sempena lokasi sekolah ini yang terletak di sekitar kawasan Lembah Pantai, Pantai Dalam dan Pantai Baru.  Kedudukan sekolah ini ialah berhampiran Lebuhraya Persekutuan iaitu lencongan ke atas menuju ke Kampung Kerinci.  Sejak penubuhannya lagi ia telah pun dikelilingi oleh petempatan setinggan.  Keadaan ini masih berterusan, walau bagaimana pun jumlahnya semakin berkurangan.  Ini disebabkan oleh bertambahnya rumah-rumah pangsa yang didirikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ).


Pada awalnya sekolah ini hanya sebuah sekolah kecil yang menempatkan pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai kaum di sekitar Kampung Kerinci.  Pada masa itu kemudahan amat terhad, termasuk ketiadaan bilik guru.  Jalan masuk ke sekolah juga belum dibina.  Justeru itu guru-guru terpaksa memanjat bukit untuk sampai ke sekolah.  Kereta-kereta mereka pula hanya boleh di letakkan di tepi lebuhraya.

Selepas empat tahun penubuhannya, sekolah ini telah berjaya menerbitkan majalahnya berjudul ‘Suria’.  Pada tahun 1972, dengan pertambahan pelajarnya, ia telah memulakan sesi petang.  Golongan pertama pelajar yang mengambil peperiksaan MCE ialah pada tahun 1972.

Lencana sekolah digunakan pada tahun 1967, tetapi diubah rekabentuknya pada tahun 1980 kerana adanya lambang kepala lembu yang dianggap kurang sesuai.

Judul lagu sekolah ialah ‘Usaha Untuk Kejayaan’.  Lagu ini merupakan ilham daripada En. Mohd. Adnan b. Ismail dan lirik oleh En. Ibrahim Hj. Ahmad ( Penolong Kanan HEM ) dan gubahan piano disusun oleh Pn. Tang Tin Seng ( guru sekolah ini ).  Lagu ini mula dinyanyikan oleh para pelajar pada tahun 1989.  Pada tahun 2002, lagu ini telah digubah semula rentak dan liriknya oleh En. Johan b. Abdul Majid ( guru sekolah ini ).

Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mempunyai tiga blok bangunan yang menempatkan 16 buah bilik darjah.  Pada tahun 1982, terdapat pertambahan dua blok bangunan yang menempatkan perpustakaan, makmal sains dan bengkel.  Pada tahun 1984, bilik sumber, klinik gigi, kedai buku dan bilik serbaguna ditempatkan di blok B.  Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai mempunyai enam blok dan kesemua bilik ini digunakan untuk tujuan pembelajaran atau pun sebagai bilik-bilik khas.

Kelas Tingkatan Enam telah dimulakan pada tahun 1989 dan pada 9 Mac 1982, sekolah ini telah menjalankan waktu persekolahan pada sesi pagi sahaja.  Pada bulan Jun 1997 hingga Dis 1997, sekolah ini telah dijadikan sekolah percubaan satu sesi dengan masa dipanjangkan iaitu dari 7.45 pagi hingga 3.45 petang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Walau bagaimanapun ia telah kembali semula mengikut jadual persekolahan yang asal iaitu sesi pagi sahaja, bermula dari pukul 7.40 pagi dan tamat pada pukul 1.55 petang.

Selain daripada kelas-kelas terdapat juga bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber, Bilik SAL, Bilik AVA, Bilik Peperiksaan, Bilik Sejarah, Bilik MARA, Bilik ERT, Bilik Jahitan, Bilik Gerakan, Bilik Rekod, Bilik Perabot, Bilik Guru Kanan, Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Makmal Komputer, BOSS dan lain-lain lagi.



LAGU SEKOLAH

USAHA UNTUK KEJAYAAN


Inilah ikrar kami
Putera puteri Seri Pantai
Yakin kami mengorak langkah
Membela nusa bangsa
Dinamik jati diri
Nilai murni peribadi
Cekal tempuh cabaran berliku
Tekun Menimba ilmu
Kecemerlangan jadi wawasan
Unggul dalam segala bidang
Disiplin diri diutamakan
Usaha untuk kejayaan
Gubahan asal
Encik Mohd. Adnan bin Ismail
Encik Ibrahim Bin Haji Hamid
Gubahan semula
Encik Johan bin Majid
 

Monday, 20 June 2011


MISI


  • Meningkatkan pencapaian akademik mengikut potensi individu dalam peperiksaan (PMR, SPM dan STPM) pads setiap tahun dengan menyediakan kemudahan P&P yang berkesan.
  • Membentuk kekuatan jati diri warga sekolah yang cemerlang untuk menghadapi cabaran giobalisasi.
  • Meningkatkan pencapaian kokurikulum yang terbilang dengan mengembangkan potensi pelajar secara optimum.
  • Meningkatkan sistem pengurusan sekolah dengan mengamalkan permuafakatan & kepimpinan instruksional.
  • Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif (keceriaan, kebersihan, keselamatan, fizikal sekolah) selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

MISI


v  Meningkatkan pencapaian akademik mengikut potensi individu dalam peperiksaan (PMR, SPM dan STPM) pads setiap tahun dengan menyediakan kemudahan P&P yang berkesan.
v  Membentuk kekuatan jati diri warga sekolah yang cemerlang untuk menghadapi cabaran giobalisasi.
v  Meningkatkan pencapaian kokurikulum yang terbilang dengan mengembangkan potensi pelajar secara optimum.
v  Meningkatkan sistem pengurusan sekolah dengan mengamalkan permuafakatan & kepimpinan instruksional.
v  Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif (keceriaan, kebersihan, keselamatan, fizikal sekolah) selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

FALSAFAH SEKOLAH


Setiap pelajar mempunyai potensi untuk berkembang maju secara positif.  Dengan itu peluang yang luas mestilah disediakan agar setiap pelajar dapat meneroka dan memperkembangkan diri mereka menjadi pelajar yang berketerampilan, berdisiplin, berakhlak mulia serta bertanggungjawab dalam mencapai hasrat perjuangan agama, bangsa dan negara.

MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan individu pelajar yang DINAMIK iaitu:

D         -           Disiplin diri yang tinggi
I           -          Intelek dalam segala tindak tanduk
N         -           Nekad, berani dan tabah menghadapi cabaran
A         -           Aktif dalam pelbagai bidang
M         -           Menghormati guru, ibu bapa dan kepimpinan yang adil
I           -          Insan yang beriman dan bertakwa
K         -           Kerjasama memburu kejayaan

PIAGAM SEKOLAH


Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan :

  1. Sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
  2. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif.
  3. Tabah memikul tanggungjawab mendidik pelajar agar berketrampilan, berdaya saing serta beriman dan beramal soleh.
  4. Memberikan perkhidmatan mesra dan cekap serta bekerjasama kea rah kecemerlangan pendidikan.
  5. Mewujudkan budaya sekolah ke arah masyarakat penyayang, harmonis dan patriotik.

logosekolah



LENCANA SEKOLAH, KETERANGAN DAN TAFSIRAN

  • Moto  : “Usaha untuk kejayaan” adalah kata-kata yang menjadi pegangan hidup setiap pelajar di SMKSP.  Moto ini mendorong pelajar supaya sentiasa berusaha untuk kecemerlangan akademik mahupun kokurikulum.
  • Buku  : Semangat untuk berusaha bagi mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang melalui ilmu dan ketekunan.
  • Roda  : Kemajuan sains dan teknologi yang menuju kearah kecemerlangan.
  • 3 Bulatan Bercantum  : Perpaduan bangsa yang terdapat di Malaysia.
  • Bunga Raya  : Hasrat untuk mendukung cita-cita murni Negara.
  • Warna Merah  : Kegigihan, keberanian dan keharmonian di SMKSP.
  • Warna Kuning  : Hasrat untuk mendaulatkan undang-undang dan peraturan di SMKSP.
  • Warna Putih  : Kesucian dan keikhlasan warga Sri Pantai.

Last Up